Pemeriksaan kecacatan bangunan yang teliti & berintegriti. Kami bantu anda kenal pasti dan laporkan kecacatan dengan tepat dan telus.
Biar kami uruskan pemeriksaan. Anda cuma perlu bersedia untuk masuk rumah dengan tenang.
Benamora ialah anak syarikat kepada YES Empire Sdn Bhd, sebuah kumpulan keusahawanan sosial yang ditubuhkan pada 2018 dengan misi memperkasakan pemilikan hartanah mampu milik di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada ekosistem YES Empire, Benamora memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kecacatan bangunan yang profesional dan menyeluruh.
Ditubuhkan pada tahun 2020, Benamora menawarkan perkhidmatan pasca jualan seperti pemeriksaan kecacatan, pengubahsuaian, dan hiasan dalaman, bertujuan memastikan setiap pemilik rumah menerima kediaman yang selamat dan sempurna. Kami menggabungkan kepakaran teknikal dengan pendekatan mesra pelanggan, mematuhi piawaian industri seperti CIDB dan QLASSIC untuk memastikan ketelusan dan ketepatan dalam setiap laporan yang disediakan.
Sebagai pakar dalam pemeriksaan pra-serahan hartanah, kami membantu pemilik mengenal pasti kecacatan awal sebelum ianya menjadi beban besar di kemudian hari. Dengan pemeriksaan menyeluruh dan laporan yang mudah difahami, kami memberi anda ketenangan minda untuk melangkah ke rumah baharu anda. Kami percaya bahawa setiap rumah yang diserahkan harus menepati piawaian tertinggi, dan kami berdedikasi untuk membantu pemilik hartanah mencapai impian memiliki rumah yang sempurna.
Pemeriksaan Teliti dari A hingga Z
Kami bukan sekadar mencari kecacatan yang jelas, tetapi juga mengenal pasti masalah tersembunyi yang mungkin menjejaskan nilai dan keselamatan hartanah anda.
Harga Berpatutan & Berbaloi
Kami menawarkan harga yang kompetitif tanpa mengorbankan kualiti pemeriksaan. Setiap sen yang anda laburkan memberikan ketenangan minda dan perlindungan jangka panjang untuk hartanah anda.
Khidmat Pelanggan yang Mesra & Responsif
Pasukan kami sentiasa sedia untuk menjawab pertanyaan anda sebelum dan selepas pemeriksaan, kerana kami percaya servis yang baik adalah asas kepercayaan.
Laporan Lengkap & Mudah Difahami
Setiap pelanggan menerima laporan bergambar yang terperinci, disusun dengan jelas dan dilengkapi dengan cadangan tindakan seterusnya.
F910 , Block F, Pusat Dagangan, Phileo Damansara 1, 9,
Jalan 16/11, Damansara Kim, 46350 Petaling Jaya, Selangor
+6010-367 6006
NO. 2 Lorong 71 Seksyen 3, Bandar Lagenda Teluk Intan,
36000 Teluk Intan, Perak
+6018-316 1265