
Selamat datang ke Benamora. Dengan akses ke website Benamora https://benamora.com.my/ atau menggunakan servis kami, anda adalah dengan ini bersetuju terhadap terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Sila baca notis privasi & polisi berikut dengan teliti.
Dengan menggunakan perkhidmatan Benamora, anda bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi dan maklumat pembayaran yang diperlukan bagi tujuan pemprosesan tempahan dan pelaksanaan kerja. Semua maklumat yang dikumpulkan hanya akan digunakan untuk :
- Memproses tempahan dan pembayaran yang dinyatakan mengikut jumlah serta harga yang telah dipersetujui.
- Membantu pihak Benamora menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan tepat dan efisien.
- Pihak Benamora komited untuk melindungi kerahsiaan maklumat pelanggan dan tidak akan mendedahkan sebarang maklumat kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda, kecuali jika diperlukan oleh undang-undang
Untuk memastikan kelancaran proses kerja, setiap tempahan tertakluk kepada bayaran deposit “Bayaran Deposit” sebagai pengesahan tarikh kerja. Jenis deposit yang dikenakan adalah :
- Deposit Defect Inspection
- Deposit Tarikh Kerja Besi atau Pakej
- Perubahan atau penjadualan semula tarikh kerja mestilah dimaklumkan sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal daripada tarikh asal. Ini bagi membolehkan pihak pengurusan menyusun semula jadual kerja dengan baik.
- Sebarang tempahan hanya akan disahkan selepas bayaran deposit diterima dan diproses. Sekiranya slot pilihan tiada kekosongan, pihak Benamora akan menawarkan tarikh alternatif yang sesuai.
- Bayaran balik akan dipertimbangkan berdasarkan jenis perkhidmatan, tempoh masa pembatalan, dan situasi semasa.
- Sebarang pembatalan hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh kerja.
- Pembatalan lewat boleh menyebabkan kehilangan deposit atau bayaran yang telah dibuat.
- Tempahan yang telah disahkan mungkin tidak akan dikembalikan sepenuhnya
- Semua maklumat pembayaran akan diproses dengan selamat dan digunakan hanya untuk tujuan perkhidmatan yang ditempah.
- Bayaran penuh atau sekurang-kurangnya 50% perlu dijelaskan bagi mengesahkan tempahan.
1) Skop Penghantaran
Perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan oleh Benamora merangkumi penghantaran bahan, peralatan kerja, dan kehadiran pasukan teknikal ke lokasi pelanggan yang telah dipersetujui semasa tempahan dibuat :
- Penghantaran hanya meliputi kawasan liputan yang telah ditetapkan oleh pihak Benamora.
- Caj tambahan mungkin dikenakan untuk kawasan luar liputan atau lokasi yang sukar diakses.
2) Jadual Penghantaran
Penghantaran atau kehadiran ahli Benamora akan dilakukan mengikut tarikh dan masa yang telah dipersetujui atau yang telah ditetapkan semasa proses tempahan.
- Jadual akan ditetapkan (lock) selepas bayaran deposit diterima.
- Sebarang perubahan tarikh atau masa perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh kerja sebenar.
- Sekiranya pelanggan tidak berada di lokasi pada waktu yang dijadualkan tanpa pemberitahuan awal, tempahan boleh dianggap terbatal dan deposit tidak akan dikembalikan.
3) Kegagalan atau Kelewatan Penghantaran
Pihak Benamora tidak bertanggungjawab ke atas kelewatan penghantaran akibat :
- Faktor luar kawalan seperti cuaca, trafik dan halangan jalan.
- Maklumat alamat yang tidak lengkap atau tidak tepat daripada pihak pelanggan.
- Kegagalan pelanggan berada di lokasi seperti yang dijadualkan.
- Sekiranya berlaku kelewatan yang berpunca daripada pihak Benamora sendiri, tarikh baharu akan dijadualkan tanpa caj tambahan.
4) Kos & Caj Tambahan
- Caj penghantaran telah dimasukkan dalam harga pakej atau akan dinyatakan dengan jelas semasa tempahan.
- Caj tambahan boleh dikenakan bagi penghantaran luar kawasan, penjadualan semula saat akhir, atau keperluan logistik khas.
- Semua caj mesti dijelaskan sebelum kerja dimulakan.
5) Perubahan Polisi
Pihak Benamora berhak untuk mengemaskini Polisi Penghantaran ini pada bila-bila masa. Sebarang bentuk perubahan akan dimaklumkan atau diumumkan melalui laman rasmi dan berkuat-kuasa serta-merta selepas dikemaskini.
Pihak Benamora tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian tidak langsung, kerosakan, atau kehilangan yang berlaku akibat penggunaan perkhidmatan kami, kecuali jika terbukti berpunca daripada kecuaian pihak Benamora sendiri.
Segala bahan bertulis, visual, atau maklumat yang diberikan oleh Benamora dilindungi oleh hak harta intelek. Anda tidak dibenarkan untuk :
- Menggunakan, meniru, atau mengedarkan semula bahan tersebut tanpa kebenaran bertulis.
- Menggunakan sebarang bahan milik Benamora dalam bentuk yang boleh memberi kesan negatif kepada reputasi syarikat.
If you have any questions or concerns about this Privacy Policy, you can contact us at:
Benamora
Website: https://benamora.com.my/
Email:
Phone: 03-7932 4364
Country: MY
F910 , Block F, Pusat Dagangan, Phileo Damansara 1, 9,
Jalan 16/11, Damansara Kim, 46350 Petaling Jaya, Selangor
+6010-367 6006
NO. 2 Lorong 71 Seksyen 3, Bandar Lagenda Teluk Intan,
36000 Teluk Intan, Perak
+6018-316 1265

Copyrights - 2025 | Benamora™
Email us at | WhatsApp us at 03-7932 4364
Disclaimer :
TikTok, Facebook™, Instagram, Shopee, and Lazada are registered trademarks of their respective companies. Benamora is not affiliated with TikTok.com, Facebook.com, Instagram.com, Shopee.com.my, or Lazada.com.my in any way. They do not sponsor, endorse, or approve any products or services offered on this site (https://benamora.com.my/).
All trademarks mentioned are the property of their respective owners.