Term & Refund Policy

Selamat datang ke Benamora. Dengan akses ke website Benamora https://benamora.com.my/ atau menggunakan servis kami, anda adalah dengan ini bersetuju terhadap terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila baca terma dan syarat berikut dengan teliti.

1. Perjanjian Penggunaan Perkhidmatan

Dengan menggunakan servis Benamora, anda adalah dengan ini :

▪️ Perlu membuat pembayaran seperti yang dinyatakan di dalam invois sahaja dan jumlah harga yang telah dipersetujui.

▪️ Memberikan maklumat yang tepat dan betul untuk memudahkan kerja-kerja Benamora dilaksanakan.

2. Tempahan, Penjadualan Semula & Bayaran

Servis atau perkhidmatan yang ditawarkan di Benamora akan memerlukan kepada "Bayaran Deposit" untuk memastikan tarikh-tarikh kerja yang dipilih akan dikhususkan untuk pihak anda. Bayaran deposit yang dikenakan adalah :

▪️ Deposit Defect Inspection

▪️ Deposit Tarikh Kerja Besi Atau Pakej

Sebarang bentuk penukaran jadual tarikh perlu dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh kerja bagi memudahkan pihak pengurusan untuk mencari dan menetapkan semula tarikh kerja yang baharu dan sesuai untuk anda.

Sebarang permintaan penukaran tarikh dalam tempoh kurang 7 hari adalah tidak akan diproses dan berkemungkinan wang deposit tidak akan dikembalikan.

Sebarang temujanji "Appointment" hanya berdasarkan slot yang terbuka sahaja dan tidak akan diproses jika slot tersebut tiada kekosongan. Termasuk tempahan slot kerja-kerja besi atau Defect Inspection.

Benamora hanya akan memproses perubahan tarikh yang sesuai dan terdapat kekosongan tarikh sahaja.

3. Terma Pembayaran

Segala maklumat pembayaran yang dibuat oleh pihak anda adalah sulit dan tidak akan digunakan secara sebarangan. Maklumat-maklumat tersebut akan disimpan dan diproses hanya untuk kegunaan kerja-kerja yang akan dibuat sahaja.

Kerja-kerja besi akan bermula apabila pembayaran telah mencapai 50% dari jumlah servis atau perkhidmatan yang dicaj bagi memastikan pihak Benamora & pihak anda mendapat manfaat bersama dan tiada sebarang kerugian yang akan ditanggung oleh kedua-dua pihak.

4. Pembayaran Semula & Polisi Pembatalan "Refund & Cancellation Policy"

Bayaran balik, jika berkenaan, disediakan berdasarkan jenis perkhidmatan dan masa pembatalan. Walau bagaimanapun, yuran tempahan tidak akan dikembalikan sepenuhnya.

Untuk membatalkan atau menjadualkan semula, sila maklumkan kami sekurang-kurangnya lebih awal. Pembatalan yang lewat boleh mengakibatkan rampasan yuran atau deposit

5. Polisi Harta Intelek "Terms Of Intellectual Property"

Segala bahan atau maklumat yang diberikan adalah sulit dan hak milik Benamora, Anda adalah dengan ini tidak dibenarkan untuk menggunakan harta intelek hak milik Benamora dalam apa sahaja bentuk yang membawa kesan negatif terhadap syarikat Benamora.

6. Limitation of Liability (Had Tanggungjawab)

Kami berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan secara profesional dan bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab untuk :

▪️Kerosakan tidak langsung atau berbangkit

▪️Kerugian akibat penyalahgunaan perkhidmatan kami atau pelanggaran arahan yang diberikan

7. Contact Us (Hubungi Kami)

If you have any questions or concerns about this Privacy Policy, you can contact us at:

Benamora

Website: https://benamora.com.my/

Email:

Phone: 03-7932 4364

Country: MY

8. Modifications to Terms (Sebarang Perubahan Terma & Syarat)

Kami berhak untuk mengubah suai syarat ini pada bila-bila masa. Kemas kini akan dimaklumkan di :


👉 https://apply.benamora.com.my/term-condition

DAMANSARA OFFICE

F910 , Block F, Pusat Dagangan, Phileo Damansara 1, 9,

Jalan 16/11, Damansara Kim, 46350 Petaling Jaya, Selangor

+6010-367 6006

TELUK INTAN BRANCH

NO. 2 Lorong 71 Seksyen 3, Bandar Lagenda Teluk Intan,

36000 Teluk Intan, Perak

+6018-316 1265

Copyrights - 2025 | Benamora™

Email us at  | WhatsApp us at 03-7932 4364

Disclaimer :

TikTok, Facebook™, Instagram, Shopee, and Lazada are registered trademarks of their respective companies. Benamora is not affiliated with TikTok.com, Facebook.com, Instagram.com, Shopee.com.my, or Lazada.com.my in any way. They do not sponsor, endorse, or approve any products or services offered on this site (https://benamora.com.my/).

All trademarks mentioned are the property of their respective owners.